Wednesday 16 November 2016

Tempat yang menarik untuk percutian di Perak.

Senarai tempat menarik untuk percutian di Perak



Perak ialah salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai banyak tempat-tempat pelancongan menarik. Ia terkenal dengan pelancongan alam semulajadi, pantai dan pulau, taman tema serta beberapa tarikan lain. Jika anda ingin beristirehat, menenangkan diri dan melupakan bebanan tugas atau kekusutan fikiran, anda boleh memilih mana-mana lokasi yang sesuai dari senarai tempat menarik untuk percutian di Perak yang kami kongsikan dibawah.


Bandaraya Ipoh



Jika anda inginkan percutian yang lebih santai dan bebas, bandaraya Ipoh adalah destinasi pelancongan bandar yang mempunyai berbagai tarikan tersendiri. Ia sesuai dijadikan lokasi percutian keluarga atau bersendirian. Banyak hotel bertaraf 5 bintang dan hotel murah yang boleh dipilih mengikut kesesuaian bajet. Banyak tempat-tempat menarik di Perak juga terdapat disini antaranya muzium, taman rekreasi, gua dan tempat bersejarah. Selain itu, bandaraya ini juga mempunyai bebe

rapa keistimewaan dan keunikan seperti koleksi lukisan mural yang terletak di dinding bangunan lama, bazar Memory Lane dan Gerbang Malam yang terletak di Jalan Tahwil Azhar serta menjamu selera di Restoran Nasi Ganja yang cukup terkenal. Untuk penginapan pula, banyak hotel boleh dipilih mengikut kesesuaian bajet anda.

Maklumat terperinci boleh dibaca di halaman Tempat menarik di Ipoh dan panduan percutian.Bandaraya Ipoh

Bukit Larut


Jika anda ingin bercuti di kawasan tanah tinggi yang sejuk dan menyegarkan, Bukit Larut yang terletak di Taiping adalah destinasi pelancongan yang boleh anda pilih. Ia adalah antara pusat peranginan tanah tinggi yang terawal dibangunkan dan telah terkenal sejak zaman sebelum kemerdekaan. Walaupun tidak sehebat Cameron Highland, Bukit Larut tetap ada tarikan tersendiri. Keindahan hutan semulajadi, pokok-pokok bunga, flora dan fauna yang banyak terdapat disini cukup menarik. Pengunjung juga boleh melihat pemandangan sekitar Taiping hingga ke Selat Melaka jika cuaca cerah dan tidak berkabus. Jika inginkan aktiviti mencabar, anda boleh merentas hutan, menjejak air terjun, melihat burung dan haiwan lain yang ada disini. Bagi pencinta alam semulajadi, menikmati keindahan alam, menghirup udara segar dan suasana yang damai di puncak Bukit Larut pasti memikat hati anda.

Untuk penginapan pula, ada beberapa buah banglo dan rumah rehat yang boleh disewa. Antaranya ialah Cendana Hut, Banglo Permai View, Beringin, Angkasa, Cendana, Sri Kayangan dan Rumah Rehat Gunung Hijau. Harga banglo adalah sekitar RM400 semalam. Perlu diingat, pengunjung harus membawa barang-barang masakan sendiri kerana tiada restoran dan kedai makan untuk anda menjamu selera di puncak Bukit Larut.


Felda Residence Hot Springs


Felda Residence Hot Springs ialah lokasi percutian menarik bagi mereka yang ingin beristirehat dan keluar dari kesibukan kota. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Perak yang sangat agak popular. Kawasan ini akan sesak dengan orang-ramai yang membawa keluarga masing-masing di musim cuti sekolah. Jika anda ke sini bukan pada musim cuti, suasana agak sunyi dan mendamaikan sangat sesuai bagi meleraikan kekusutan fikiran. Terletak di Sungai Klah, lokasinya lebih-kurang 12 KM dari susur keluar Sungkai, Lebuhraya Utara-Selatan. Perjalanan dengan kereta mengambil masa kira-kira 20 minit untuk tiba ke destinasi. Tiba sahaja di pusat rekreasi kolam air panas, anda akan merasa cukup tenang kerana kehijauan pokok-pokok hutan dan kelapa sawit yang mengililingi kawasan ini.


Kawasan air panas semulajadi ini telah dibangunkan dan dimajukan menjadi salah satu tarikan pelancong yang utama di Perak. Berbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung termasuk bilik penginapan yang cantik dan selesa, kolam mandi yang luas serta restoran untuk menjamu selera. Selain mandi di kolam air panas, Felda Residence Hot Springs turut menyediakan pusat spa dan kecantikan, perkhidmatan urutan serta sewa basikal kepada pengunjung.

Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM220.

Lokasi / Alamat:
Felda Residence Hot Springs
Sungai Klah,
35600 Sungkai,
Perak.



Lost World of Tambun


Lost World Of Tambun ialah tempat menarik di Perak yang sangat terkenal. Lokasinya di Ulu Kinta, Ipoh. Ia adalah sebuah taman tema air yang sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan lokasi percutian keluarga. Berbagai permainan air seperti papan gelongsor, kolam berombak, sungai dan tempat mainan kanak-kanak disediakan untuk pengunjung. Selain itu, disini juga terdapat Amusement Park yang mempunyai berbagai aktiviti mengujakan untuk dicuba.


Untuk percutian yang penuh dengan aktiviti dan kegembiraan, Lost World Of Tambun adalah pilihan yang tepat. Anda tidak akan bosan sepanjang berada disini. Setelah puas bermain air dan mencuba permainan yang ada, anda boleh melawat Petting Zoo, dimana lebih 55 spesis binatang boleh ditemui. Pengunjung boleh memberi makan dan melihat pertunjukan binatang yang sangat menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat artikel Percutian ke Lost World of Tambun.


Bukit Merah Laketown Resort


Satu lagi tempat menarik untuk percutian di Perak yang sangat popular ialah Bukit Merah Laketown Resort. Ia adalah sebuah resort didalam kawasan taman tema air. Pengunjung boleh menikmati keseronokan bermain gelongsor air, mandi kolam dan permainan lain yang disediakan disini. Selain itu, pengunjung juga boleh menaiki mini cable car dan melawat mini zoo yang terletak dalam kawasan resort.

Kemudahan penginapan seperti bilik, apartmen dan chalet atas air boleh dipilih mengikut kesesuaian. Untuk menjamu selera, beberapa buah restoran dan cafe disediakan. Jika anda inginkan percutian riang-ria di satu lokasi menarik, Bukit Merah Laketown Resort pasti tidak mengecewakan.

Maklumat lanjut boleh dibaca dalam artikel Percutian menarik di Bukit Merah Laketown Resort.

Pulau Pangkor


Jika belum pernah bercuti di Pulau Pangkor, ia harus menjadi destinasi pilihan anda untuk percutian akan datang. Ia adalah tempat menarik di Perak yang paling popular. Pulau ini merupakan destinasi pelancongan yang sangat menarik, berbagai aktiviti boleh dilakukan dan paling penting, tidak memerlukan bajet yang tinggi. Tarikan utama di Pulau Pangkor ialah pantai-pantai yang cantik dengan air laut yang jernih, sesuai untuk mandi-manda dan melakukan aktiviti sukan air. Selain itu, pelancong boleh melawat tempat bersejarah peninggalan Belanda dan mengelilingi pulau.

Lihat artikel tempat menarik di Pulau Pangkor untuk maklumat lanjut.

Penginapan di Pulau Pangkor tidak menjadi masalah kerana banyak hotel dan resort dibina dikawasan pantai. Anda boleh memilih resort yang menyediakan pakej makanan dan aktiviti pelancongan jika pertama kali datang ke sini. Ia lebih memudahkan dan anda hanya bergembira sahaja.

Bagi memudahkan anda memilih tempat penginapan, berikut ialah senarai resort di Pulau Pangkor dan maklumat ringkas untuk panduan.

Pangkor Waterfall Beach Resort


Jika anda inginkan percutian bajet, Pangkor Waterfall Beach Resort menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk pasangan dan juga keluarga. Resort ini terletak di lokasi pelancongan utama iaitu Teluk Nipah. Ia menawarkan tempat penginapan yang selesa dengan beberapa kemudahan termasuk restoran, bbq dan wifi percuma.

Anda juga boleh mendapatkan pakej aktiviti pelancongan seperti berkayak, snorkeling, memancing dan merentas hutan melalui Pangkor Waterfall Beach Resort. Biasanya harga aktiviti adalah berasingan. Jadi anda boleh memilih sendiri aktiviti yang ingin dilakukan mengikut bajet dan kesesuaian.

Alamat:
Pangkor Waterfall Beach Resort
Teluk Nipah,
32300 Pangkor,
Perak

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM75.
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM115.


No comments:

Post a Comment