Kelantan ialah salah satu destinasi pelancongan menarik yang sering menjadi pilihan setiap kali tiba musim cuti persekolahan. Ini kerana disini terdapat berbagai tarikan seperti alam semulajadi, percutian pantai, membeli-belah barangan tempatan dan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Selain itu, makanan tempatan turut menjadi salah satu faktor pelancong kemari. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi senarai tempat menarik untuk percutian di Kelantan khas buat anda yang merancang untuk bercuti di negeri ini.
Nota: Lihat aktiviti yang ada dan tempat menarik untuk dilawati dalam artikel tarikan pelancongan di Kelantan.
Kota Bharu
Tempat percutian paling menarik di Kelantan ialah ibu negerinya iaitu Kota Bharu. Ia adalah lokasi yang harus anda pilih jika pertama kali bercuti di negeri ini. Terdapat berbagai tempat menarik seperti bangunan bersejarah, tempat membeli-belah barangan tempatan, pantai dan lain-lain.

Untuk penginapan pula, terdapat banyak hotel yang selesa dan murah terdapat disekitar kawasan bandar. Kedai makan dan restoran juga banyak untuk menjamu selera. Anda boleh mencuba makanan tempatan yang unik dan cukup menyelerakan.
Lihat keistimewaan Bandar Kota Bharu di artikel Tempat menarik di Kota Bharu Kelantan.
Taman Negeri Gunung Stong
Jika anda gemarkan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan meneroka gua, Taman Negeri Gunung Stong ialah destinasi terbaik untuk anda bercuti. Ia adalah lokasi percutian alam semulajadi yang sangat popular dan antara yang tercantik di Malaysia. Disini terdapat beberapa buah gunung yang menawarkan pemandangan mengagumkan dari puncak menanti sebagai ganjaran. Gua-gua yang unik pula mempunyai tarikan tersendiri. Selain itu, air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu Air Terjun Jelawang juga terletak di Taman Negeri ini.

Tempat penginapan yang ada disini ialah Gunung Stong State Park Resort. Pengunjung juga boleh menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Dabong atau homestay yang terdapat disekitar kawasan berhampiran. Jika ingin berkhemah, tapak perkhemahan turut disediakan. Taman Negeri Gunung Stong ialah tempat menarik untuk percutian di Kelantan yang harus dicuba sekali seumur hidup.
Lokasi / Alamat:
Gunung Stong State Park
Hutan Simpan Dabong,
18200 Dabong,
Kelantan
Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM100.
Untuk maklumat lanjut, lihat artikel Hutan Lipur Gunung Stong Kelantan.
Tasik Pergau Sanctuary Resort
Tempat menarik untuk percutian di Kelantan yang mesti anda cuba ialah Tasik Pergau. Ia adalah destinasi terbaik percutian alam semulajadi. Suasana yang damai dengan pemandangan tasik yang cantik amat mengagumkan. Selain beristirehat, pengunjung boleh melakukan aktiviti-aktiviti pelancongan seperti memancing, merentas hutan dan berkayak.
Tasik Pergau Sanctuary Resort menyediakan tempat penginapan yang ada disini terdiri dari chalet-chalet menarik termasuk chalet terapung yang unik. Kemudahan yang disediakan termasuk surau, dewan dan gelanggang badmintan.
Maklumat lanjut boleh dibaca di laman web Kesedar - Tasik Pergau.
Lokasi / Alamat:
Tasik Pergau Sanctuary Resort
17600 Jeli,
Kelantan
Hubungi:
Tel: 09-9440281
Fax : 09-9441388
Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM80.
Tok Aman Bali Resort
Tok Aman Bali ialah resort yang terkenal dan sangat popular di Kelantan. Resort ini terletak di Pasir Puteh. Lokasinya hanya lebih-kurang 5 minit perjalanan ke kawasan Pantai Tok Bali. Bilik-bilk yang disediakan untuk tetamu semuanya berhawa dingin. Lebih menarik, terdapat balkoni dimana pengunjung boleh beristirehat melihat pemandangan cantik dikawasan ini.

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Tok Aman Bali Resort ialah:
Paintball.
Menaiki paddle boat.
Berkayak.
Permainan sukan pantai.
Karaoke.
Memancing.
Antara kemudahan yang disediakan di Tok Aman Bali Resort ialah:
Wi-Fi percuma.
Tempat meletak kereta.
Kolam renang.
Spa.
Gymnasium.
Taman permainan kanak-kanak.
Restoran.
Lokasi / Alamat:
Tok Aman Bali
Lot 6264 (1), Pantai Bisikan Bayu, Semerak,
16700 Pasir Puteh,
Kelantan
Hubungi:
Tel: +60 9-691 8899
Fax: +6 (09) 691 8787
Email: sales@tokamanbali.com.my
Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM298
Pasir Belanda
Pasir Belanda ialah resort menarik yang terletak tidak jauh dari Kota Bharu. Beberapa buah chalet yang cantik diperbuat dari kayu menanti pengunjung. Senibinanya begitu unik dan pasti menawan hati sesiapa sahaja. Kawasan resort dijaga bersih. Hiasan lanskap yang sederhana berkonsepkan perkampungan tradisional cukup sesuai bagi mereka yang ingin keluar dari kesibukan kota.

Lokasi / Alamat:
Pasir Belanda
Kampung Banggol, PCB Road,
15350 Kota Bharu,
Kelantan
Hubungi:
Tel/ Fax : 60 - 09 - 747 7046
H/p : 60 017 - 934 0817
Email : info@pasirbelanda.com
Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM160.
Untuk melihat perbandingan harga hotel di Kelantan dan menempah bilik penginapan dengan harga terendah, anda boleh ke Hotelscombined.
Nota: Lihat senarai lengkap Tempat menarik di Kelantan untuk dilawati.
Senarai tempat menarik untuk percutian di Kelantan yang kami kongsikan diatas adalah antara destinasi paling popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong luar. Semoga perkongsian ini membantu anda memilih lokasi paling sesuai untuk bercuti di negeri ini. Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda di fb sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap kami di Percutian Bajet. Jangan lupa tinggalkan komen membina. Ia cukup bermakna dan amat kami hargai. Terima kasih dan selamat bercuti di Kelantan!
No comments:
Post a Comment