Thursday 17 November 2016

Senarai tempat menarik untuk percutian di Negeri Sembilan

Senarai tempat menarik untuk percutian di Negeri Sembilan


Kali ini Percutian bajet ingin berkongsi senarai tempat menarik untuk percutian di Negeri Sembilan yang cukup popular untuk anda pilih sebagai lokasi istirehat, berbulan madu, bersuka-ria atau mengadakan hari keluarga. Setiap destinasi pelancongan ada tempat penginapan berserta maklumat dan harga bilik. Diharap artikel ini membantu anda memilih lokasi yang sesuai dengan kehendak dan bajet anda.

Untuk melihat tempat-tempat menarik dan tarikan pelancongan lain, sila lawati halaman Tempat menarik di Negeri Sembilan.

Percutian Alam Semulajadi

Banyak tempat menarik di Negeri Sembilan yang sesuai dijadikan lokasi percutian bagi pencinta alam semulajadi. Ada hutan lipur, air terjun, bukit dan gunung yang sangat popular di kalangan pelancong boleh diterokai.

Pusat Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul


Pusat Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul ialah salah satu tempat menarik untuk percutian bajet di Negeri Sembilan. Kawasan rekreasi alam semulajadi ini sangat sesuai untuk membawa keluarga bercuti. Anda boleh berkelah sambil menikmati keindahan hutan yang menghijau, menghirup udara segar dan nyaman serta mandi sungai. Anak-anak pasti gembira mandi-manda di kolam yang agak luas dan bermain gelongsor air yang turut disediakan. Selain itu, anda juga boleh melawat Taman Ular Sawa Ulu Bendul yang terletak tidak jauh dari kawasan rekreasi.


Pelancong yang ingin bermalam boleh menyewa chalet dikawasan tempat rekreasi. Chalet yang diuruskan oleh Jabatan Hutan ini menawarkan beberapa buah penginapan selesa dengan harga yang sangat berpatutan.

Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM30.

Hubungi:
Pejabat Hutan Daerah,
Negeri Sembilan Timur,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.

Telefon: +606-4811 036
Fax : 606-4842 171

 jeram Gading


Jeram Gading terletak di Kuala Klawang, daerah Jelebu. Ia adalah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang agak popular di Negeri Sembilan. Jeram ini menjadi lokasi perkelahan dan mandi-manda masyarakat setempat setiap kali musim cuti sekolah dan juga cuti umum. Terdapat sungai yang jernih airnya serta sejuk menjadi tarikan utama disini. Pengunjung boleh mandi-manda, berkelah dan bersantai menikmati keindahan alam semulajadi yang cukup menenangkan.



Jeram Gading Resort


Pelancong yang ingin bercuti dan bermalam disini boleh menginap di Jeram Gading Resort. Ia terletak dalam kawasan rekreasi air terjun. Beberapa jenis chalet disediakan seperti chalet standard, chalet deluxe, chalet family dan dorm. Kemudahan yang ada termasuk tempat bbq,dewan dan surau. Resort ini diuruskan oleh Bailasunrise Sky Holidays & Trading Sdn Bhd yang beribu pejabat di Selangor.



Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM89.

Hubungi:
Bailasunrise Sky Holidays & Trading Sdn Bhd
No. 51-B, Jalan Suarasa 8/3,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Batu 11, Cheras,
Selangor.

Hubungi:
Telefon: +606 6134058, +6011 26242596.
Email: ali@bailaholidaysgroup.com.my

Rantau Eco Park


Rantau Eco Park adalah destinasi percutian yang mempunyai berbagai tarikan dan aktiviti menarik. Terletak dalam kawasan seluas 100 Ekar, taman ini menyediakan chalet untuk penginapan, tasik yang luas untuk aktiviti air, mini zoo, kolam renang dan bilik mesyuarat. Manakala aktiviti yang boleh dilakukan pula ialah jungle trekking, berbasikal, menunggang kuda, ATV, berkayak dan inflattable balloon untuk kanak-kanak.



Walaupun tanpa chalet penginapan mewah, Rantau Eco Park menawarkan sesuatu yang lain iaitu kegembiraan dalam percutian. Di taman ini, anda boleh melakukan berbagai-bagai aktiviti semasa bercuti dan jika anda rasa ingin bersantai, pemandangan tasik yang luas cukup menarik dan menenangkan. Ia adalah destinasi bajet yang harus ada dalam senarai lokasi percutian keluarga anda.

Lokasi / Alamat:
Rantau Eco Park
Kg. Pasir, Kuala Sawah,
71200 Rantau,
Negeri Sembilan

Hubungi:
Telefon: +603 9286 6818, 03 9287 6833
Fax: +603 9287 0233
Email: info@rantauecopark.com.my
Laman web: Rantau Eco Park.


Klana Resort Seremban


Salah satu tempat penginapan menarik untk lokasi percutian di Seremban ialah Klana Resort. Ia terletak di kawasan Taman Tasik Seremban. Resort ini dikelilingi pokok-pokok yang menghijau. Suasana cukup tenang dan mendamaikan. Kemudahan kolam renang yang luas juga sesuai untuk membawa anak-anak bercuti di sini.



Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM170.

Lokasi / Alamat:
Klana Resort Seremban
PT 4388, Jalan Penghulu Cantik,
Taman Tasik Seremban,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan

Hubungi:
Telefon: +606 766 7888
Fax : +(606) 766 7999
Email: info@klana-resort.com.my, reservations@klana-resort.com.my

Untuk maklumat lanjut, lihat halaman Klana Resort Seremban.

No comments:

Post a Comment