Wednesday 16 November 2016

Senarai tempat menarik untuk percutian di Johor

Senarai tempat menarik untuk percutian di Johor


Terdapat banyak tempat menarik untuk percutian di Johor seperti pulau yang cantik, pantai yang mempersonakan serta pusat pelancongan alam semulajadi yang mendamaikan. Bagi anda yang merancang untuk bercuti dan masih mencari lokasi menarik yang ada di Malaysia, apa kata anda ke negeri di selatan tanahair ini. Percutian Bajet telah mengumpulkan senarai destinasi pelancongan yang popular untuk membantu anda memilih lokasi yang sesuai untuk bercuti samada bersama keluarga, kawan-kawan atau bersendirian.

Untuk melihat senarai tempat menarik di Johor mengikut daerah, sila ke halaman Tempat menarik di Johor.

Percutian Pulau

Salah satu tempat menarik di Johor ialah pulau-pulau pelancongannya yang sangat cantik. Ia menjadi lokasi percutian bukan sahaja bagi pelancong tempatan malah dari luar negara. Percutian Pulau sesuai untuk mereka yang benar-benar ingin keluar dari kesibukan kota dan berehat ditempat yang tenang. Hampir semuanya masih kekal terpelihara dari pembangunan. Pengunjung boleh menikmati keindahan alam semulajadi, bersiar-siar di pantai yang cantik dan bersih serta mandi laut. Manakala aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan pula ialah snorkeling dan juga menyelam (skuba diving).

Berikut ialah pulau-pulau di Johor yang sesuai untuk dijadikan lokasi percutian:

Pulau Sibu



Pulau Sibu ialah salah satu dari pulau-pulau pelancongan di Johor yang popular dikalangan pelancong. Pulau ini terletak di daerah Mersing. Ia adalah antara pulau yang paling hampir dengan pantai. Pelancong yang ingin ke Pulau Sibu boleh menaiki bot di Jeti Tanjung Leman. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit. Ia adalah sebuah pulau yang cantik. Pantainya berpasir bersih dan air lautnya jernih.



Pulau Sibu agak besar dan terdapat perkampungan nelayan yang menghuni pulau ini. Banyak resort pelancongan didirikan dikawasan pantai bagi menampung pengunjung yang ingin bercuti. Aktiviti air turut disediakan seperti snorkeling, scuba diving, jetski dan meluncur angin. Aktiviti di darat juga boleh dilakukan seperti meredah hutan bakau, melawat perkampungan nelayan, bbq, mandi laut dan bersiar-siar di pantai.

Maklumat lanjut di artikel Pulau Sibu destinasi percutian menarik di Johor.

Pulau Besar


Pulau pelancongan lain yang menarik di Johor ialah Pulau Babi Besar. Ia adalah sebuah lagi pulau cantik yang terletak di Mersing. Pulau ini juga terletak tidak jauh dari pantai. Perjalanan menaiki bot mengambil masa lebih-kurang 20 minit sahaja. Pelancong yang ingin ke pulau ini boleh menaiki bot di Jeti Mersing. Sebaik tiba di jeti Pulau Besar, pengunjung pasti terpesona melihat keindahan pantai yang cantik dan air laut yang jernih. Pulau ini juga terdapat perkampungan nelayan. Anda boleh ke masjid, melawat kampung dan menjamu selera di kedai makan.



Beberapa resort menarik sesuai dijadikan tempat penginapan percutian anda. Resort yang popular ialah Aseana Resort, D'Coconut Resort dan Mirage Resort. Samada anda bercuti untuk rehatkan minda, honeymoon atau bersama kawan-kawan, tidak lengkap kalau tidak melakukan aktiviti menarik di Pulau Besar. Antara yang tidak boleh dilepaskan ialah snorkeling. Anda dapat melihat banyak ikan-ikan dan coral cantik yang masih terdapat di sini.

Arena Resort


Aseana Resort ialah tempat penginapan pilihan untuk bercuti bersama pasangan atau kawan-kawan di Pulau Besar. Resort ini mempunyai beberapa jenis chalet menarik yang boleh dipilih mengikut kesesuaian. Anda boleh melawat laman web atau terus menghubungi resort untuk maklumat lanjut.

Hubungi:
Laman web: Aseana Resort
Tel: +60 3-6211 1055
E-mail : rsvn@aseaniapulaubesar.com

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM430. Semak kekosongan dan harga di laman web Aseana Resort dibahagian "Book Now".

Pulau Tengah


Pulau Babi Tengah terletak berhampiran Pulau Besar. Ia lebih kecil dan hanya terdapat sebuah resort sahaja iaitu Batu Batu Resort. Boutique resort ini mempunyai 22 buah bilik untuk pelancong. Apa yang menarik ialah Pulau Tengah merupakan tempat bertelur penyu belimbing gergasi. Kawasan laut disekitar pulau ini juga mempunyai berbagai jenis hidupan laut dan coral yang cantik. Aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Tengah ialah mandi laut, bersiar-siar di pantai yang cantik dan melakukan aktiviti snorkeling.


Batu Batu Resort


Batu Batu ialah satu-satunya resort yang ada di Pulau Tengah, Johor. Ia menawarkan kemudahan penginapan, makanan dan aktiviti kepada pelancong yang ingin bercuti di pulau ini.

Hubungi:
Laman web: Batu Batu Resort
Tel: +60 17 755 2770, +60 17 755 5888, +60 17 755 0672, +60 17 755 5781 (9am - 6pm)
E-mail : info@batubatu.com.my

Harga:
Harga bilik 1 malam bermula dari RM290 seorang. Harga tidak termasuk makanan dan tiket bot.

No comments:

Post a Comment