Thursday 17 November 2016

Senarai tempat menarik untuk percutian di Negeri Sembilan

Senarai tempat menarik untuk percutian di Negeri Sembilan


Kali ini Percutian bajet ingin berkongsi senarai tempat menarik untuk percutian di Negeri Sembilan yang cukup popular untuk anda pilih sebagai lokasi istirehat, berbulan madu, bersuka-ria atau mengadakan hari keluarga. Setiap destinasi pelancongan ada tempat penginapan berserta maklumat dan harga bilik. Diharap artikel ini membantu anda memilih lokasi yang sesuai dengan kehendak dan bajet anda.

Untuk melihat tempat-tempat menarik dan tarikan pelancongan lain, sila lawati halaman Tempat menarik di Negeri Sembilan.

Percutian Alam Semulajadi

Banyak tempat menarik di Negeri Sembilan yang sesuai dijadikan lokasi percutian bagi pencinta alam semulajadi. Ada hutan lipur, air terjun, bukit dan gunung yang sangat popular di kalangan pelancong boleh diterokai.

Pusat Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul


Pusat Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul ialah salah satu tempat menarik untuk percutian bajet di Negeri Sembilan. Kawasan rekreasi alam semulajadi ini sangat sesuai untuk membawa keluarga bercuti. Anda boleh berkelah sambil menikmati keindahan hutan yang menghijau, menghirup udara segar dan nyaman serta mandi sungai. Anak-anak pasti gembira mandi-manda di kolam yang agak luas dan bermain gelongsor air yang turut disediakan. Selain itu, anda juga boleh melawat Taman Ular Sawa Ulu Bendul yang terletak tidak jauh dari kawasan rekreasi.


Pelancong yang ingin bermalam boleh menyewa chalet dikawasan tempat rekreasi. Chalet yang diuruskan oleh Jabatan Hutan ini menawarkan beberapa buah penginapan selesa dengan harga yang sangat berpatutan.

Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM30.

Hubungi:
Pejabat Hutan Daerah,
Negeri Sembilan Timur,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.

Telefon: +606-4811 036
Fax : 606-4842 171

 jeram Gading


Jeram Gading terletak di Kuala Klawang, daerah Jelebu. Ia adalah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang agak popular di Negeri Sembilan. Jeram ini menjadi lokasi perkelahan dan mandi-manda masyarakat setempat setiap kali musim cuti sekolah dan juga cuti umum. Terdapat sungai yang jernih airnya serta sejuk menjadi tarikan utama disini. Pengunjung boleh mandi-manda, berkelah dan bersantai menikmati keindahan alam semulajadi yang cukup menenangkan.



Jeram Gading Resort


Pelancong yang ingin bercuti dan bermalam disini boleh menginap di Jeram Gading Resort. Ia terletak dalam kawasan rekreasi air terjun. Beberapa jenis chalet disediakan seperti chalet standard, chalet deluxe, chalet family dan dorm. Kemudahan yang ada termasuk tempat bbq,dewan dan surau. Resort ini diuruskan oleh Bailasunrise Sky Holidays & Trading Sdn Bhd yang beribu pejabat di Selangor.



Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM89.

Hubungi:
Bailasunrise Sky Holidays & Trading Sdn Bhd
No. 51-B, Jalan Suarasa 8/3,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Batu 11, Cheras,
Selangor.

Hubungi:
Telefon: +606 6134058, +6011 26242596.
Email: ali@bailaholidaysgroup.com.my

Rantau Eco Park


Rantau Eco Park adalah destinasi percutian yang mempunyai berbagai tarikan dan aktiviti menarik. Terletak dalam kawasan seluas 100 Ekar, taman ini menyediakan chalet untuk penginapan, tasik yang luas untuk aktiviti air, mini zoo, kolam renang dan bilik mesyuarat. Manakala aktiviti yang boleh dilakukan pula ialah jungle trekking, berbasikal, menunggang kuda, ATV, berkayak dan inflattable balloon untuk kanak-kanak.



Walaupun tanpa chalet penginapan mewah, Rantau Eco Park menawarkan sesuatu yang lain iaitu kegembiraan dalam percutian. Di taman ini, anda boleh melakukan berbagai-bagai aktiviti semasa bercuti dan jika anda rasa ingin bersantai, pemandangan tasik yang luas cukup menarik dan menenangkan. Ia adalah destinasi bajet yang harus ada dalam senarai lokasi percutian keluarga anda.

Lokasi / Alamat:
Rantau Eco Park
Kg. Pasir, Kuala Sawah,
71200 Rantau,
Negeri Sembilan

Hubungi:
Telefon: +603 9286 6818, 03 9287 6833
Fax: +603 9287 0233
Email: info@rantauecopark.com.my
Laman web: Rantau Eco Park.


Klana Resort Seremban


Salah satu tempat penginapan menarik untk lokasi percutian di Seremban ialah Klana Resort. Ia terletak di kawasan Taman Tasik Seremban. Resort ini dikelilingi pokok-pokok yang menghijau. Suasana cukup tenang dan mendamaikan. Kemudahan kolam renang yang luas juga sesuai untuk membawa anak-anak bercuti di sini.



Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM170.

Lokasi / Alamat:
Klana Resort Seremban
PT 4388, Jalan Penghulu Cantik,
Taman Tasik Seremban,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan

Hubungi:
Telefon: +606 766 7888
Fax : +(606) 766 7999
Email: info@klana-resort.com.my, reservations@klana-resort.com.my

Untuk maklumat lanjut, lihat halaman Klana Resort Seremban.

Senarai tempat menarik untuk percutian di Kelantan

Senarai tempat menarik untuk percutian di Kelantan



Kelantan ialah salah satu destinasi pelancongan menarik yang sering menjadi pilihan setiap kali tiba musim cuti persekolahan. Ini kerana disini terdapat berbagai tarikan seperti alam semulajadi, percutian pantai, membeli-belah barangan tempatan dan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Selain itu, makanan tempatan turut menjadi salah satu faktor pelancong kemari. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi senarai tempat menarik untuk percutian di Kelantan khas buat anda yang merancang untuk bercuti di negeri ini.

Nota: Lihat aktiviti yang ada dan tempat menarik untuk dilawati dalam artikel tarikan pelancongan di Kelantan.

Kota Bharu


Tempat percutian paling menarik di Kelantan ialah ibu negerinya iaitu Kota Bharu. Ia adalah lokasi yang harus anda pilih jika pertama kali bercuti di negeri ini. Terdapat berbagai tempat menarik seperti bangunan bersejarah, tempat membeli-belah barangan tempatan, pantai dan lain-lain.


Untuk penginapan pula, terdapat banyak hotel yang selesa dan murah terdapat disekitar kawasan bandar. Kedai makan dan restoran juga banyak untuk menjamu selera. Anda boleh mencuba makanan tempatan yang unik dan cukup menyelerakan.

Lihat keistimewaan Bandar Kota Bharu di artikel Tempat menarik di Kota Bharu Kelantan.

Taman Negeri Gunung Stong


Jika anda gemarkan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan meneroka gua, Taman Negeri Gunung Stong ialah destinasi terbaik untuk anda bercuti. Ia adalah lokasi percutian alam semulajadi yang sangat popular dan antara yang tercantik di Malaysia. Disini terdapat beberapa buah gunung yang menawarkan pemandangan mengagumkan dari puncak menanti sebagai ganjaran. Gua-gua yang unik pula mempunyai tarikan tersendiri. Selain itu, air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu Air Terjun Jelawang juga terletak di Taman Negeri ini.



Tempat penginapan yang ada disini ialah Gunung Stong State Park Resort. Pengunjung juga boleh menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Dabong atau homestay yang terdapat disekitar kawasan berhampiran. Jika ingin berkhemah, tapak perkhemahan turut disediakan. Taman Negeri Gunung Stong ialah tempat menarik untuk percutian di Kelantan yang harus dicuba sekali seumur hidup.

Lokasi / Alamat:
Gunung Stong State Park
Hutan Simpan Dabong,
18200 Dabong,
Kelantan

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM100.

Untuk maklumat lanjut, lihat artikel Hutan Lipur Gunung Stong Kelantan.

Tasik Pergau Sanctuary Resort


Tempat menarik untuk percutian di Kelantan yang mesti anda cuba ialah Tasik Pergau. Ia adalah destinasi terbaik percutian alam semulajadi. Suasana yang damai dengan pemandangan tasik yang cantik amat mengagumkan. Selain beristirehat, pengunjung boleh melakukan aktiviti-aktiviti pelancongan seperti memancing, merentas hutan dan berkayak.

Tasik Pergau Sanctuary Resort menyediakan tempat penginapan yang ada disini terdiri dari chalet-chalet menarik termasuk chalet terapung yang unik. Kemudahan yang disediakan termasuk surau, dewan dan gelanggang badmintan.

Maklumat lanjut boleh dibaca di laman web Kesedar - Tasik Pergau.

Lokasi / Alamat:
Tasik Pergau Sanctuary Resort
17600 Jeli,
Kelantan

Hubungi:
Tel: 09-9440281
Fax : 09-9441388

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM80.

Tok Aman Bali Resort


Tok Aman Bali ialah resort yang terkenal dan sangat popular di Kelantan. Resort ini terletak di Pasir Puteh. Lokasinya hanya lebih-kurang 5 minit perjalanan ke kawasan Pantai Tok Bali. Bilik-bilk yang disediakan untuk tetamu semuanya berhawa dingin. Lebih menarik, terdapat balkoni dimana pengunjung boleh beristirehat melihat pemandangan cantik dikawasan ini.



Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Tok Aman Bali Resort ialah:

Paintball.
Menaiki paddle boat.
Berkayak.
Permainan sukan pantai.
Karaoke.
Memancing.
Antara kemudahan yang disediakan di Tok Aman Bali Resort ialah:

Wi-Fi percuma.
Tempat meletak kereta.
Kolam renang.
Spa.
Gymnasium.
Taman permainan kanak-kanak.
Restoran.
Lokasi / Alamat:
Tok Aman Bali
Lot 6264 (1), Pantai Bisikan Bayu, Semerak,
16700 Pasir Puteh,
Kelantan

Hubungi:
Tel: +60 9-691 8899
Fax: +6 (09) 691 8787
Email: sales@tokamanbali.com.my

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM298


Pasir Belanda


Pasir Belanda ialah resort menarik yang terletak tidak jauh dari Kota Bharu. Beberapa buah chalet yang cantik diperbuat dari kayu menanti pengunjung. Senibinanya begitu unik dan pasti menawan hati sesiapa sahaja. Kawasan resort dijaga bersih. Hiasan lanskap yang sederhana berkonsepkan perkampungan tradisional cukup sesuai bagi mereka yang ingin keluar dari kesibukan kota.



Lokasi / Alamat:
Pasir Belanda
Kampung Banggol, PCB Road,
15350 Kota Bharu,
Kelantan

Hubungi:
Tel/ Fax : 60 - 09 - 747 7046
H/p : 60 017 - 934 0817
Email : info@pasirbelanda.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM160.

Untuk melihat perbandingan harga hotel di Kelantan dan menempah bilik penginapan dengan harga terendah, anda boleh ke Hotelscombined.

Nota: Lihat senarai lengkap Tempat menarik di Kelantan untuk dilawati.

Senarai tempat menarik untuk percutian di Kelantan yang kami kongsikan diatas adalah antara destinasi paling popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong luar. Semoga perkongsian ini membantu anda memilih lokasi paling sesuai untuk bercuti di negeri ini. Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda di fb sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap kami di Percutian Bajet. Jangan lupa tinggalkan komen membina. Ia cukup bermakna dan amat kami hargai. Terima kasih dan selamat bercuti di Kelantan!

Senarai tempat menarik untuk percutian di Selangor.

Senarai tempat menarik untuk percutian di Selangor



Bagi anda yang inginkan percutian singkat dan tidak jauh dari ibu kota, senarai tempat menarik untuk percutian di Selangor ini boleh dijadikan panduan untuk memilih lokasi yang sesuai. Percutian Bajet telah menyusun tempat menarik mengikut jenis percutian supaya lebih memudahkan anda memilih percutian yang dikehendaki.

Percutian alam semulajadi

Salah satu tarikan pelancongan yang banyak terdapat di Selangor ialah alam semulajadi. Lokasi tempat menarik untuk percutian pula lebih tertumpu di daerah Hulu Langat dan Hulu Selangor. Dikawasan ini ada beberapa air terjun yang cantik dan resort menarik yang menyediakan berbagai aktiviti untuk pengunjung.


Antara destinasi popular percutian alam semulajadi di Selangor ialah:

Sungai Pangsun Hulu Langat



Antara tempat menarik yang popular untuk percutian di Selangor ialah Sungai Pangsun (atau Pangsoon) yang terletak di Hulu Langat. Lokasinya atas lagi dari Sungai Congkak. Kawasan ini terdapat banyak resort ditepi sungai yang boleh dijadikan tempat penginapan. Aktiviti yang popular di Sungai Pangsun ialah mandi sungai, jungle trekking, permainan outdoor, perkelahan dan juga sesuai untuk reunion atau hari keluarga.


Ajlaa Village Resort


Ajlaa Village Resort adalah satu lagi tempat menarik untuk percutian di Selangor bagi peminat pelancongan alam semulajadi. Ia juga terletak di kawasan Hulu Langat. Lokasinya berdekatan dengan Sungai Congkak, yang merupakan kawasan air terjun popular di daerah ini. Kawasan resort agak jauh ke dalam namun cukup menarik. Resort cantik dikelilingi hutan semulajadi sangat mempersonakan. Udara bersih dan nyaman dapat dirasai terutama diwaktu pagi.

Tiga jenis chalet disediakan untuk pengunjung iaitu Bungalow, Water Chalet dan Modern Style Room. Kemudahan yang disediakan termasuk dewan, surau, gazebo, tempat bbq dan kolam mandi kanak-kanak. Berbagai aktiviti dan permainan outdoor disediakan seperti memancing, mandi sungai dan jungle trekking. Pakej murah yang ditawarkan amat sesuai untuk percutian bajet, reunion, hari keluarga atau bercuti bersendirian.

Lokasi / Alamat:
Ajlaa Village Resort
Batu 22, Sungai Lepuh,
Jalan Hulu Langat,
43100 Hulu Langat,
Selangor

Hubungi:
Tel: 019-8154750 / 017-2931955 / 010-7607211
E-mail : impianrimba@yahoo.com
Fax : 03 – 90211217

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM120.




Impian Rimba Resort


Untuk penginapan, Impian Rimba Resort menawarkan chalet menarik dengan berbagai kemudahan untuk keselesaan anda. Terdapat 44 buah bilik dan chalet yang boleh memuatkan sehingga 200 orang tetamu pada satu masa. Jadi resort ini sesuai untuk dijadikan lokasi hari keluarga.

Lokasi / Alamat:
Impian Rimba Resort
Lot 8944, Batu 22, Jalan Pangsoon,
43100 Hulu Langat,
Selangor

Hubungi:
Tel: 03 90211221
Haji Ishak : 019 223 5304
Fazli / Nur Ain : 017 5391300
E-mail : impianrimba@yahoo.com
Fax : 03 – 90211217



Lopoh Waterfront Chalets


Lopoh Waterfront Chalets tidak kurang menariknya untuk dijadikan tempat penginapan percutian anda. Resort berhampiran kawasan air terjun ini adalah lokasi terbaik untuk anda yang ingin bercuti bersama keluarga. Harga chalet murah yang ditawarkan dan kawasan persekitaran yang cantik menjadikan resort ini sangat popular dikalangan pelancong.



Lokasi / Alamat:
Lopoh Waterfront Chalets
Pangsun, Batu 22,
43100 Hulu Langat,
Selangor

Hubungi:
Tel: 012-3667410
Email: amyliabintiazmilia@yahoo.com, juanmama04@yahoo.com, dsungailepoh@yahoo.com

D' Sg. Lepoh Chalet & Kem


D' Sg. Lepoh Chalet & Kem terletak di Batu 21 1/2. Ia adalah antara destinasi pilihan untuk percutian bajet bersama keluarga, kursus atau seminar. Suasana yang nyaman dan menyegarkan pasti memberi kedamaian pada anda yang ingin keluar dari kesibukan kota.



Lokasi / Alamat:
D' Sg. Lepoh Chalet & Kem
Lot 3461, Batu 21 ½ Kg. Kuala Pangsun,
43100 Hulu Langat,
Selangor

Hubungi:
Tel: 019-272 4714 / 0129912769
Email: amyliabintiazmilia@yahoo.com, juanmama04@yahoo.com, dsungailepoh@yahoo.com

Sungai Congkak Hulu Langat


Sungai Congkak merupakan sebuah kawasan rekreasi air terjun yang sangat popular di Selangor. Ia terletak dalam kawasan hutan semulajadi yang menghijau di daerah Hulu Langat. Selain mandi-manda, lokasinya yang strategik dan nyaman sangat sesuai untuk berkelah, berehat atau sekadar bersantai menenangkan fikiran. Disamping itu, pengunjung juga boleh melakukan beberapa aktiviti yang ada disekitar kawasan ini seperti memancing, merentas hutan dan lain-lain.

Wednesday 16 November 2016

Senarai tempat menarik untuk percutian di Johor

Senarai tempat menarik untuk percutian di Johor


Terdapat banyak tempat menarik untuk percutian di Johor seperti pulau yang cantik, pantai yang mempersonakan serta pusat pelancongan alam semulajadi yang mendamaikan. Bagi anda yang merancang untuk bercuti dan masih mencari lokasi menarik yang ada di Malaysia, apa kata anda ke negeri di selatan tanahair ini. Percutian Bajet telah mengumpulkan senarai destinasi pelancongan yang popular untuk membantu anda memilih lokasi yang sesuai untuk bercuti samada bersama keluarga, kawan-kawan atau bersendirian.

Untuk melihat senarai tempat menarik di Johor mengikut daerah, sila ke halaman Tempat menarik di Johor.

Percutian Pulau

Salah satu tempat menarik di Johor ialah pulau-pulau pelancongannya yang sangat cantik. Ia menjadi lokasi percutian bukan sahaja bagi pelancong tempatan malah dari luar negara. Percutian Pulau sesuai untuk mereka yang benar-benar ingin keluar dari kesibukan kota dan berehat ditempat yang tenang. Hampir semuanya masih kekal terpelihara dari pembangunan. Pengunjung boleh menikmati keindahan alam semulajadi, bersiar-siar di pantai yang cantik dan bersih serta mandi laut. Manakala aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan pula ialah snorkeling dan juga menyelam (skuba diving).

Berikut ialah pulau-pulau di Johor yang sesuai untuk dijadikan lokasi percutian:

Pulau Sibu



Pulau Sibu ialah salah satu dari pulau-pulau pelancongan di Johor yang popular dikalangan pelancong. Pulau ini terletak di daerah Mersing. Ia adalah antara pulau yang paling hampir dengan pantai. Pelancong yang ingin ke Pulau Sibu boleh menaiki bot di Jeti Tanjung Leman. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit. Ia adalah sebuah pulau yang cantik. Pantainya berpasir bersih dan air lautnya jernih.



Pulau Sibu agak besar dan terdapat perkampungan nelayan yang menghuni pulau ini. Banyak resort pelancongan didirikan dikawasan pantai bagi menampung pengunjung yang ingin bercuti. Aktiviti air turut disediakan seperti snorkeling, scuba diving, jetski dan meluncur angin. Aktiviti di darat juga boleh dilakukan seperti meredah hutan bakau, melawat perkampungan nelayan, bbq, mandi laut dan bersiar-siar di pantai.

Maklumat lanjut di artikel Pulau Sibu destinasi percutian menarik di Johor.

Pulau Besar


Pulau pelancongan lain yang menarik di Johor ialah Pulau Babi Besar. Ia adalah sebuah lagi pulau cantik yang terletak di Mersing. Pulau ini juga terletak tidak jauh dari pantai. Perjalanan menaiki bot mengambil masa lebih-kurang 20 minit sahaja. Pelancong yang ingin ke pulau ini boleh menaiki bot di Jeti Mersing. Sebaik tiba di jeti Pulau Besar, pengunjung pasti terpesona melihat keindahan pantai yang cantik dan air laut yang jernih. Pulau ini juga terdapat perkampungan nelayan. Anda boleh ke masjid, melawat kampung dan menjamu selera di kedai makan.



Beberapa resort menarik sesuai dijadikan tempat penginapan percutian anda. Resort yang popular ialah Aseana Resort, D'Coconut Resort dan Mirage Resort. Samada anda bercuti untuk rehatkan minda, honeymoon atau bersama kawan-kawan, tidak lengkap kalau tidak melakukan aktiviti menarik di Pulau Besar. Antara yang tidak boleh dilepaskan ialah snorkeling. Anda dapat melihat banyak ikan-ikan dan coral cantik yang masih terdapat di sini.

Arena Resort


Aseana Resort ialah tempat penginapan pilihan untuk bercuti bersama pasangan atau kawan-kawan di Pulau Besar. Resort ini mempunyai beberapa jenis chalet menarik yang boleh dipilih mengikut kesesuaian. Anda boleh melawat laman web atau terus menghubungi resort untuk maklumat lanjut.

Hubungi:
Laman web: Aseana Resort
Tel: +60 3-6211 1055
E-mail : rsvn@aseaniapulaubesar.com

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM430. Semak kekosongan dan harga di laman web Aseana Resort dibahagian "Book Now".

Pulau Tengah


Pulau Babi Tengah terletak berhampiran Pulau Besar. Ia lebih kecil dan hanya terdapat sebuah resort sahaja iaitu Batu Batu Resort. Boutique resort ini mempunyai 22 buah bilik untuk pelancong. Apa yang menarik ialah Pulau Tengah merupakan tempat bertelur penyu belimbing gergasi. Kawasan laut disekitar pulau ini juga mempunyai berbagai jenis hidupan laut dan coral yang cantik. Aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Tengah ialah mandi laut, bersiar-siar di pantai yang cantik dan melakukan aktiviti snorkeling.


Batu Batu Resort


Batu Batu ialah satu-satunya resort yang ada di Pulau Tengah, Johor. Ia menawarkan kemudahan penginapan, makanan dan aktiviti kepada pelancong yang ingin bercuti di pulau ini.

Hubungi:
Laman web: Batu Batu Resort
Tel: +60 17 755 2770, +60 17 755 5888, +60 17 755 0672, +60 17 755 5781 (9am - 6pm)
E-mail : info@batubatu.com.my

Harga:
Harga bilik 1 malam bermula dari RM290 seorang. Harga tidak termasuk makanan dan tiket bot.

Tempat yang menarik untuk percutian di Perak.

Senarai tempat menarik untuk percutian di Perak



Perak ialah salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai banyak tempat-tempat pelancongan menarik. Ia terkenal dengan pelancongan alam semulajadi, pantai dan pulau, taman tema serta beberapa tarikan lain. Jika anda ingin beristirehat, menenangkan diri dan melupakan bebanan tugas atau kekusutan fikiran, anda boleh memilih mana-mana lokasi yang sesuai dari senarai tempat menarik untuk percutian di Perak yang kami kongsikan dibawah.


Bandaraya Ipoh



Jika anda inginkan percutian yang lebih santai dan bebas, bandaraya Ipoh adalah destinasi pelancongan bandar yang mempunyai berbagai tarikan tersendiri. Ia sesuai dijadikan lokasi percutian keluarga atau bersendirian. Banyak hotel bertaraf 5 bintang dan hotel murah yang boleh dipilih mengikut kesesuaian bajet. Banyak tempat-tempat menarik di Perak juga terdapat disini antaranya muzium, taman rekreasi, gua dan tempat bersejarah. Selain itu, bandaraya ini juga mempunyai bebe

rapa keistimewaan dan keunikan seperti koleksi lukisan mural yang terletak di dinding bangunan lama, bazar Memory Lane dan Gerbang Malam yang terletak di Jalan Tahwil Azhar serta menjamu selera di Restoran Nasi Ganja yang cukup terkenal. Untuk penginapan pula, banyak hotel boleh dipilih mengikut kesesuaian bajet anda.

Maklumat terperinci boleh dibaca di halaman Tempat menarik di Ipoh dan panduan percutian.Bandaraya Ipoh

Bukit Larut


Jika anda ingin bercuti di kawasan tanah tinggi yang sejuk dan menyegarkan, Bukit Larut yang terletak di Taiping adalah destinasi pelancongan yang boleh anda pilih. Ia adalah antara pusat peranginan tanah tinggi yang terawal dibangunkan dan telah terkenal sejak zaman sebelum kemerdekaan. Walaupun tidak sehebat Cameron Highland, Bukit Larut tetap ada tarikan tersendiri. Keindahan hutan semulajadi, pokok-pokok bunga, flora dan fauna yang banyak terdapat disini cukup menarik. Pengunjung juga boleh melihat pemandangan sekitar Taiping hingga ke Selat Melaka jika cuaca cerah dan tidak berkabus. Jika inginkan aktiviti mencabar, anda boleh merentas hutan, menjejak air terjun, melihat burung dan haiwan lain yang ada disini. Bagi pencinta alam semulajadi, menikmati keindahan alam, menghirup udara segar dan suasana yang damai di puncak Bukit Larut pasti memikat hati anda.

Untuk penginapan pula, ada beberapa buah banglo dan rumah rehat yang boleh disewa. Antaranya ialah Cendana Hut, Banglo Permai View, Beringin, Angkasa, Cendana, Sri Kayangan dan Rumah Rehat Gunung Hijau. Harga banglo adalah sekitar RM400 semalam. Perlu diingat, pengunjung harus membawa barang-barang masakan sendiri kerana tiada restoran dan kedai makan untuk anda menjamu selera di puncak Bukit Larut.


Felda Residence Hot Springs


Felda Residence Hot Springs ialah lokasi percutian menarik bagi mereka yang ingin beristirehat dan keluar dari kesibukan kota. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Perak yang sangat agak popular. Kawasan ini akan sesak dengan orang-ramai yang membawa keluarga masing-masing di musim cuti sekolah. Jika anda ke sini bukan pada musim cuti, suasana agak sunyi dan mendamaikan sangat sesuai bagi meleraikan kekusutan fikiran. Terletak di Sungai Klah, lokasinya lebih-kurang 12 KM dari susur keluar Sungkai, Lebuhraya Utara-Selatan. Perjalanan dengan kereta mengambil masa kira-kira 20 minit untuk tiba ke destinasi. Tiba sahaja di pusat rekreasi kolam air panas, anda akan merasa cukup tenang kerana kehijauan pokok-pokok hutan dan kelapa sawit yang mengililingi kawasan ini.


Kawasan air panas semulajadi ini telah dibangunkan dan dimajukan menjadi salah satu tarikan pelancong yang utama di Perak. Berbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung termasuk bilik penginapan yang cantik dan selesa, kolam mandi yang luas serta restoran untuk menjamu selera. Selain mandi di kolam air panas, Felda Residence Hot Springs turut menyediakan pusat spa dan kecantikan, perkhidmatan urutan serta sewa basikal kepada pengunjung.

Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM220.

Lokasi / Alamat:
Felda Residence Hot Springs
Sungai Klah,
35600 Sungkai,
Perak.



Lost World of Tambun


Lost World Of Tambun ialah tempat menarik di Perak yang sangat terkenal. Lokasinya di Ulu Kinta, Ipoh. Ia adalah sebuah taman tema air yang sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan lokasi percutian keluarga. Berbagai permainan air seperti papan gelongsor, kolam berombak, sungai dan tempat mainan kanak-kanak disediakan untuk pengunjung. Selain itu, disini juga terdapat Amusement Park yang mempunyai berbagai aktiviti mengujakan untuk dicuba.


Untuk percutian yang penuh dengan aktiviti dan kegembiraan, Lost World Of Tambun adalah pilihan yang tepat. Anda tidak akan bosan sepanjang berada disini. Setelah puas bermain air dan mencuba permainan yang ada, anda boleh melawat Petting Zoo, dimana lebih 55 spesis binatang boleh ditemui. Pengunjung boleh memberi makan dan melihat pertunjukan binatang yang sangat menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat artikel Percutian ke Lost World of Tambun.


Bukit Merah Laketown Resort


Satu lagi tempat menarik untuk percutian di Perak yang sangat popular ialah Bukit Merah Laketown Resort. Ia adalah sebuah resort didalam kawasan taman tema air. Pengunjung boleh menikmati keseronokan bermain gelongsor air, mandi kolam dan permainan lain yang disediakan disini. Selain itu, pengunjung juga boleh menaiki mini cable car dan melawat mini zoo yang terletak dalam kawasan resort.

Kemudahan penginapan seperti bilik, apartmen dan chalet atas air boleh dipilih mengikut kesesuaian. Untuk menjamu selera, beberapa buah restoran dan cafe disediakan. Jika anda inginkan percutian riang-ria di satu lokasi menarik, Bukit Merah Laketown Resort pasti tidak mengecewakan.

Maklumat lanjut boleh dibaca dalam artikel Percutian menarik di Bukit Merah Laketown Resort.

Pulau Pangkor


Jika belum pernah bercuti di Pulau Pangkor, ia harus menjadi destinasi pilihan anda untuk percutian akan datang. Ia adalah tempat menarik di Perak yang paling popular. Pulau ini merupakan destinasi pelancongan yang sangat menarik, berbagai aktiviti boleh dilakukan dan paling penting, tidak memerlukan bajet yang tinggi. Tarikan utama di Pulau Pangkor ialah pantai-pantai yang cantik dengan air laut yang jernih, sesuai untuk mandi-manda dan melakukan aktiviti sukan air. Selain itu, pelancong boleh melawat tempat bersejarah peninggalan Belanda dan mengelilingi pulau.

Lihat artikel tempat menarik di Pulau Pangkor untuk maklumat lanjut.

Penginapan di Pulau Pangkor tidak menjadi masalah kerana banyak hotel dan resort dibina dikawasan pantai. Anda boleh memilih resort yang menyediakan pakej makanan dan aktiviti pelancongan jika pertama kali datang ke sini. Ia lebih memudahkan dan anda hanya bergembira sahaja.

Bagi memudahkan anda memilih tempat penginapan, berikut ialah senarai resort di Pulau Pangkor dan maklumat ringkas untuk panduan.

Pangkor Waterfall Beach Resort


Jika anda inginkan percutian bajet, Pangkor Waterfall Beach Resort menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk pasangan dan juga keluarga. Resort ini terletak di lokasi pelancongan utama iaitu Teluk Nipah. Ia menawarkan tempat penginapan yang selesa dengan beberapa kemudahan termasuk restoran, bbq dan wifi percuma.

Anda juga boleh mendapatkan pakej aktiviti pelancongan seperti berkayak, snorkeling, memancing dan merentas hutan melalui Pangkor Waterfall Beach Resort. Biasanya harga aktiviti adalah berasingan. Jadi anda boleh memilih sendiri aktiviti yang ingin dilakukan mengikut bajet dan kesesuaian.

Alamat:
Pangkor Waterfall Beach Resort
Teluk Nipah,
32300 Pangkor,
Perak

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM75.
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM115.